top of page

The Living Legend - Noh Salleh

  • Writer: Writers Daily
    Writers Daily
  • Nov 30, 2018
  • 2 min read


Figura bernama Noh Salleh sememangnya bukan sekadar nama. Jika disapa di luar, begitu peramah orangnya serta kelakar. Mudah didekati. Tidak kisah dipanggil sebagai Noh Salleh atau Noh Hujan, dalam satu temu bualnya bersama Sepahtu Sinar pada 19 September 2017:


“Terserah. Nak panggil Zul ke, random-lah. Junaidi ke…” kata beliau dalam nada bergurau.


Bermula dengan MIX, kemudian band Hujan sehingga ke projek solonya, beliau berkarya dengan bebas serta mempunyai legasinya yang sendiri. Boleh dikatakan beliau adalah The Living Legend. Dengan tagline "luar biasa" pastinya membuatkan anda seronok ketika mendengar konsert beliau bersama Hujan. Signature Hujan adalah nyanyian ‘malas’ Noh. Tetapi sedap didengar.


Setiap lagunya mempunyai chord jazz yang sukar dikuasai sebarangan orang. Waktu awal kemunculannya dengan stail rambut cendawan, kebanyakan lagunya berlegar di ruangan maya Myspace.


Pada mulanya lagu-lagu Hujan tidak diterima oleh netizen mahupun stesen radio, lama-kelamaan ia menjadi ikutan pendengar. Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap mencetuskan fenemona sekitar tahun 2008. Bergerak secara independent (indie) dalam penghasilan muzik tanpa mengharapkan label.

Peminat Hujan sudah tentulah digelar sebagai Raingers.


Genre muzik Hujan adalah alternative pop rock. Kecuali album Sang Enemy (2012), eksperimental dari Hujan iaitu genre hardcore. Meskipun jarang muncul di kaca TV, tetapi namanya disebut-sebut dalam kalangan penggemar muzik indie. Setiap kali gig, pastinya Hujan akan membuat penampilan.

Projek solo Noh Salleh mendapat tempat di hati rakyat Indonesia. Lagu Angin Kencang antara yang popular di sana. Anehnya, mereka tidak menyangka bahawa Noh mampu membawa genre alternative pop rock bersama Hujan. Lihat saja Soundrenaline 2018, ternyata pujian demi pujian rakyat Indonesia diberikan kepada Noh.


Penulis juga sebenarnya terkesan dengan lagu Angin Kencang, Renjana, Sang Penikam dan Bunga Di Telinga. Kesemua lagu ini mempunyai konsep yang berlainan dari Hujan.

Comments


bottom of page