Dari The Lipstick ke Kugiran Masdo!
- Writers Daily
- Dec 9, 2018
- 1 min read
oleh: Mirza Danish

“Kau budak-budak baru nak up, mana kenal The Lipstik!”
Kugiran Masdo adalah antara band indie yang semakin popular baru-baru ini. Selepas konsert Hujan X Masdo di MAEPS pada bulan Oktober 2018, nama band ini semakin meningkat.
Namun, tahukah band asal ini sebenarnya telah dirombak dari The Lipstik.
Line-up asal The Lipstik iaitu Ali Sariah, Jimy, Jack dan juga Daus. Ditubuhkan sekitar tahun 2008 di Johor Bahru dan membawa irama pop 60-an.
Mereka cuba memberikan sentuhan yang baru pada muzik lama ini. Lagu-lagu mereka yang popular adalah Bercanda di Malam Indah, Cemburu, Retro Mimpiku, Teruna & Dara, Malam Pesta Rock 'n' Roll, dan juga Miss Flower Learn Twist.
Inspirasi mereka daripada band The Last Shadow Puppets, Siglap Five, The Rhythm Boys, The Changchuters, The Wonders dan lain-lain.
Juga, mengapa Ali Sariah kelihatan menumpang populariti Hujan?
Sebenarnya tidak. Ali Sariah merupakan salah seorang budak intern di Kamar Seni Studio milik AG Coco. Disebabkan itu hubungan mereka dengan band Hujan begitu rapat.
Menurut Noh Salleh ketika Akustikan Last Kopek pada 06 Disember 2018, “Saya nampak Putu Ceri dekat belakang, ada Masdo. Aku rasa dia dihantar oleh Masdo untuk dia balance kan universe dia. Eh, kita dah pakai drummer Hujan, kau pergilah event dia (Noh Salleh).” katanya sambil ketawa.
Tertubuhnya Kugiran Masdo bermula apabila Putu Ceri mengajak Ali Sariah untuk kembali bermain muzik setelah The Lipstik lama menyepi. Kemudian, Ambobzeela (drummer Hujan) diundang untuk mengisi ruang di bahagian drum dan Asmawi pula di bahagian gitar utama serta 2 lagi sahabat mereka.
Nama Masdo diilhamkan daripada watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem DO RE MI.
“Nama pendek orang panggil DO, nama panjang orang panggil MASDO!”.
Comments