Hikayat Muzik Indie
- Writers Daily
- Nov 28, 2018
- 3 min read
Updated: Sep 11, 2019
oleh: Mirza Danish

Teringin nak jadi penyanyi? Sebenarnya bukan senang nak jadi penyanyi ni. YouTube ni platform sangat penting untuk jual muzik. Memandangkan indie tak ada label, jadi mereka perlu market lagu mereka sendiri. Rakam show sendiri.
Label ni pendek kata syarikat rakaman yang akan menguruskan artis dari awal hingga akhir. Penyanyi tak perlu keluar sesen pun sebab dibiayai. Mereka bekerja dengan syarikat rakaman. Label akan agihkan keuntungan setiap lagu/ show kepada artis. Label ni semua benda dia buat. Penyanyi hanya nyanyikan lagu saja.
Syarikat rakaman kena sediakan semua. Bermula daripada proses cari lagu, komposer, rakaman dalam studio, artwork album, marketing. Kalau muzik indie ni, keuntungan sama rata pada ahli kumpulan. Kreativiti penyanyi terbatas apabila bergantung pada label.
Diskriminasi terhadap muzik masih ada. Betapa susahnya seorang pemuzik untuk membikin dan menjual lagu sendiri. Untuk memecahkan tembok antara indie dan mainstream sememangnya payah. Orang awam begitu mudah mengatakan yang senang betul buat lagu. Sebenarnya tidak sama sekali.
Dalam pasaran mengapa lagu mainstream menjadi pilihan? Netizen adalah punca utama selain daripada pemuzik sendiri. Di radio sendiri bukan main berlambak CD lagu yang artis hantar. Banyak lagi yang tak dimainkan. Baru-baru ini band Mafidz dapat masuk ke slot Hot FM, tapi slot malamlah. Untuk dapatkan slot pagi sememangnya susah sebabnya waktu pagi adalah waktu puncak. Orang Malaysia sememangnya sukar untuk terima muzik lain dari yang lain. Nak juga jiwang leleh 90-an.
“Lantaklah, taste orang dengar lagu berbeza.”
Soalnya, tak dengar lagi dah komen. Ya, itu adalah respon rakyat Malaysia yang tidak mahu terima pembaharuan dalam soal muzik. Itu belum kita cerita tentang soal pembacaan buku dan pemilihan genre (kita letak tepi dahulu).
Ramai juga yang tak tahu tentang kewujudan streaming platform seperti JOOX, Spotify dan lain-lain lagi. Tempat untuk stream lagu dengan 'halal'. Bukannya muat turun sesuka hati. Tapi, apabila kita cadangkan maka alasan paling mudah ialah “Leceh bosku, nak kena beli internet. Lagi best kalau download boleh dengar suka hati.”
Spotify memang bayar kepada artis. Tapi nilainya adalah terlalu sedikit. Lebih kurang $0.006 untuk 1 stream. Spotify bayar kepada pemegang saham dahulu dan kemudian diagihkan. Kita ambil contoh Faizal Tahir – artis mainstream, contohnya dia dapat 6,000,000 streaming untuk tahun 2018.
Kemudian dibahagi kepada komposer dan juga label. Buat lagu sahaja dah RM10,000. Belum lagi ada video muzik, itu lebih kurang dalam RM40,000 – sebab dalam muzik video Ragaman ada Nabila Huda (bukan free). Agak-agaklah, berapa nilai bersih yang Faizal Tahir dapat? Royalti daripada MACP mungkin dalam RM20,000–RM35,000. Duit yang sedia ada perlu 'roll' untuk buat lagu seterusnya.
Bagaimana dengan artis indie? Keuntungan mereka lebih direct sebab mereka tak ada label. Tapi nilai tak tinggi. Salah satu sebab adalah tiada exposure seperti lagu mainstream. Lihat saja view di YouTube, susah sangat artis indie untuk dapat 1,000,000 views.
Juga, tak viral jadi tiada siapa ambil kisah. Disebabkan itu jugalah, artis indie mendapat keuntungan dengan buat merchandise (baju, keychain, stiker dll.). Duit untuk jual album pun tak pulang modal lebih-lebih lagi pada zaman digital. Orang lebih suka download haram.
Industri hiburan dan muzik sememangnya bukan mudah. Boleh dikatakan sebagai freelance. Dan juga tak ada slip gaji setiap bulan. Walaupun sekali sahaja dapat payment dalam nilai yang banyak, tapi tak tahu boleh tahan berapa lama. Kalau seseorang artis pandai menguruskan duit, maka mereka selamat. Duit dari show dan royalti perlu disimpan. Artis perlu improve diri sendiri jika mahukan payment yang mahal.
Artis berprofil tinggi seperti Anuar Zain dan Dato' Siti lebih kurang RM10,000 untuk satu lagu di show. Jika dalam kontrak tiga lagu, maka tiga lagu sahajalah mereka akan nyanyi. Ya, untuk capai ke tahap begitu memang bukan mudah untuk artis indie.
Nampak sahaja pemuzik ini mewah, enjoy sana-sini. Tapi hakikatnya masing-masing struggle. Itu yang budak-budak hingusan nampak – jadi selebriti kaya. Sebab itu jugalah instafamous bersepah sana-sini. Tapi apa sumbangan yang mereka berikan? Anda boleh fikir sendiri.
Comments