top of page

Cintakan Bunga, Layu; Cintakan Manusia, Mampus

  • Writer: Writers Daily
    Writers Daily
  • Dec 1, 2018
  • 1 min read


Setiap satu makhluk bernama manusia ini tidak sempurna. Jika sedemikian, mana mungkin wujud frasa "saling melengkapi". Begitulah jika penafsirannya cuma bersifat luaran semata-mata.


Kita hanya mahu percaya sesuatu yang kita nampak. Tak mampu melihat lebih jauh hingga ke dasar. Malah, ambil tahu pun tak pernah teringin.


Lalu, sebahagian daripada kita mengambil pendapat untuk mengangkat konsep "beri dan terima" dalam kehidupan mereka.


Sifat bertanggungjawab perlu jadi sebahagian daripada hidup. Malah, dalam keadaan tertentu kita sebenarnya mempunyai hak untuk memilih.


Memilih siapa atau apa untuk melunaskan tanggungjawab berkenaan. Juga memilih waktu dan tempat paling tepat untuk menjalankan kepercayaan berkenaan.


Sikap lepas tangan menjadikan kita gagal apabila tidak memenuhi pilihan-pilihan yang ada.


Namun, selagi ada hayat, kita selalu mempunyai peluang-peluang. Cepat atau lambat, berusaha terus melangkah sehingga menemukan cahaya di hujung terowong.


Jika tidak daripada manusia sekalipun, peluang sentiasa datang daripada Tuhan.


Kebergantungan kepada manusia sama seperti harapan kita terhadap harum kuntuman mawar.


Mawar akan layu mereput. Dan manusia tidak selamanya layak kita beri kepercayaan dan harapan.


Rasa bahagia selalunya hadir apabila kita sendiri menjadi manusia yang menyenangkan manusia lain.


Buat baik, akan dibalas baik. Sekalipun kau tak bertuhan. Kau akan percaya hal yang sama.

Comments


bottom of page